Dapatkan E-Book SPM Bernilai RM59 Secara Percuma Sekarang!

naktutor logo 2024

Tentang Kami

APA YANG ANDA PERLU TAHU

Kepakaran Kami

naktutor-logo-baharu-2024merupakan sebuah agensi tutor peribadi antara menjadi pilihan utama ibu bapa di Malaysia. Kami menyediakan perkhidmatan tutor peribadi yang dilaksanakan menggunakan kaedah bersemuka dan juga dalam talian. Antara perkhidmatan yang di tawarkan ialah tutor peribadi bagi tahap PRA Sekolah, UPSR, PT3, SPM,MUET, Bahasa Komunikas i dan juga Al-Quran beser ta Fardhu Ain.

Barisan tenaga pengajar hanya terdiri daripada tutor- tutor yang telah melepasi saringan kemasukkan yang ketat , berpengalaman dan terdedah dengan silibus terkini seperti KSSR, KSSM, STEM, PBD, DLP, IGCSE, CEFR dan FONIK. Antara bengkel tahunan yang wajib di sertai oleh barisan tutor kami adalah Bengkel Pendedahan Silibus Terkini, Bengkel Teknik Menjawab dan Bengkel Pemarkahan bagi UPSR, PT3, SPM dan Muet . Bengkel ini dijayakan dengan kerjasama barisan panel guru cemerlang setiap subjek.

Di tubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 27 Disember 2019, dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Beroperasi di bangunan Terengganu Digital 1303 (TD1303) Kuala Terengganu. NakTutor.Com merupakan satu jenama di bawah adalah sebuah syarikat naungan THT Group Enterprise (003061650-A).

Pada awal pembabitan di dalam industri ini, kami menggunakan jenama Terengganu Home Tuition atau lebih dikenali sebagai THT. Pada mulanya perkhidmatan hanya tertumpu di negeri Terengganu. Kini wilayah perkhidmatan kami terus berkembang meliputi seluruh Malaysia bagi kaedah pembelajaran secara dalam talian. Manakala kaedah pembelajaran secara bersemuka tertumpu kepada 4 negeri (Selangor, Terengganu, Kelantan dan Pahang)

×

Chat Bersama NakTutor.com

× Boleh kami bantu anda?