Nak hantar anak tuisyen? Tapi risau pulak angka pesakit Covid-19 makin hari makin meningkat.
Walaupun negara kita dilanda wabak Covid-19, namun sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah masih lagi diteruskan dengan kaedah yang berbeza iaitu pengajaran secara atas talian. Sesetengah ibu ayah nak anak mereka belajar secara bersemuka. Katanya, anak tidak fokus belajar online ni, jauh dari cikgu, susah bertanya, line internet tidak kuat dan lain-lain lagi. Jadi, ada ibu ayah yang ambil inisiatif sendiri dengan mendapatkan perkhidmatan private tutor untuk anak-anak mereka.
Antara online tutor dengan home tutor, yang mana ibu ayah lebih prefer untuk anak-anak? Ada ibu ayah yang suka tutor datang ke rumah untuk sesi pengajaran dan ada juga yang lebih suka online tutor kerana anak-anak dapat belajar dimana sahaja, mudah dan cepat.
jadi, harini saya nak kongsikan 4 kelebihan tuisyen secara bersemuka.
Kelas secara fizikal merupakan kaedah terbaik untuk murid.
Mengapa kelas secara fizikal kaedah terbaik untuk murid? Semasa kelas secara fizikal, murid dapat latihan dan perhatian sepenuhnya daripada cikgu. Cikgu dapat memantau murid sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Interaksi ini lebih berkesan kerana cikgu ada bersama murid sepanjang sesi kelas. Cikgu dapat memantau murid membuat latihan secara one-to-one dan menjelaskan apa-apa yang murid tidak faham secara bersemuka.
Sesi pengajaran yang interaktif
Bila kelas secara fizikal, banyak aktiviti dan bahan bantu mengajar yang maujud yang cikgu boleh sediakan untuk kelas. Contohnya, bagi topik poligon dalam subjek matematik, cikgu boleh buat aktiviti yang menggunakan kertas bagi membentuk jenis2 poligon. Bagi subjek sains, cikgu dan murid boleh membuat beberapa aktiviti eksperimen mudah menggunakan bahan yang sedia ada di rumah. Haa, bila ada aktivti semasa sesi pengajaran, barulah murid fokus dan seronok untuk belajar benda baru.
Masih mematuhi SOP iaitu memakai pelitup muka dan penjarakan sosial 1 meter
Walaupun kelas secara bersemuka di rumah, SOP perlu dijaga demi menjaga kesihatan dan keselamatan kita semua. Pelitup muka perlu dipakai oleh cikgu dan murid sepanjang sesi kelas. Jangan lupa, sediakan hand sanitizer serta penjarakan sosial 1 meter antara cikgu dan murid perlulah sentiasa dijaga.
Menjimatkan kos dan masa ibu ayah
Mungkin dahulu, ibu ayah akan hantar anak semasa pergi dan balik dari pusat tuisyen. Sekarang dah ada in home tutoring yang menyediakan perkhidmatan tutor datang ke rumah murid untuk sesi kelas secara one-to-one. Jadi ibu ayah tak perlu risau lagi tak sempat hantar dan ambil anak di pusat tuisyen.
Walaupun kelas secara fizikal semasa musim-musim pandemik ni mempunyai risiko, kita sebagai rakyat prihatin hendaklah sentiasa berhati-hati dan patuh SOP ya!
Saya tahu ibu ayah lebih prefer untuk kelas fizikal berbanding kelas online. Jangan risau, kami di NakTutor.Com boleh bantu ibu ayah dapatkan personal tutor untuk bantu anak ibu ayah membuat persediaan sebelum peperiksaan. Kami sentiasa memastikan semua tutor kami patuhi SOP dan telah lengkap 2 dos vaksin sebelum mulakan kelas fizikal.
Jom dapatkan kelas untuk anak-anak anda.
SEMOGA CORETAN INI BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA.