Dapatkan E-Book SPM Bernilai RM59 Secara Percuma Sekarang!

naktutor logo 2024

5 TIP MENGAJAR INTERAKTIF : HIDUPKAN SUASANA KELAS

Tutor yang hebat bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi mencipta pengalaman yang menyeronokkan. Bila tutor kreatif, kelas menjadi lebih interaktif, pelajar pun lebih fokus dan seronok belajar. Jom kita tengok beberapa tip mudah yang boleh membantu tutor menjadikan suasana kelas lebih hidup.

  • Pembuka suasana

Sebelum masuk ke isi pelajaran, cuba mulakan dengan aktiviti santai yang menyeronokkan. Permainan seperti “dua fakta satu palsu”. Pelajar kongsi dua perkara tentang diri mereka dan satu palsu, tutor cuba teka. Ia membantu pelajar rasa lebih selesa, berani bercakap dan bersedia untuk belajar. Tutor juga boleh buat teka-teki ringkas, atau lontarkan soalan spontan seperti “Kalau awak boleh makan satu makanan sahaja seumur hidup, apa pilihan awak?”. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membina hubungan mesra antara tutor dan pelajar.

  • Kuiz pantas

Kuiz ringkas boleh jadi cara tepat untuk semak kefahaman pelajar. Sama ada secara lisan atau menggunakan platform gamifikasi seperti Educaplay. Pelajar akan lebih teruja kerana mereka sukakan cabaran pantas. Educaplay menawarkan pelbagai bentuk permainan visual seperti teka silang kata, padanan gambar, dan permainan interaktif lain. Dengan cara ini, tutor bukan sahaja dapat menguji tahap penguasaan pelajar, tetapi juga menjadikan suasana kelas lebih meriah.

  • Latihan interaktif

Pelajar lebih cepat ‘tangkap’ dan faham bila mereka sendiri terlibat secara aktif. Tutor boleh minta pelajar untuk bina mind map, lukis carta alir atau bina jadual ringkas untuk topik yang sedang dipelajari. Contohnya:-

 

  • Dalam subjek Matematik, cuba selesaikan contoh soalan sebenar di hadapan tutor, kemudian bincangkan langkah demi langkah.
  • Dalam subjek bahasa, bina ayat menggunakan perkataan baharu, kemudian tutor boleh betulkan dan tambah cadangan.
  • Dalam subjek Sains, lukis rajah atau carta ringkas untuk menerangkan proses. Contohnya proses kitaran air.

 

Apabila pelajar terlibat secara praktikal, mereka bukan sekadar terima ilmu, tetapi rasa macam ilmu tu “milik sendiri”.

  • Visual / Multimedia

Kadang-kadang otak cepat tangkap bila ada gambar atau video. Tutor boleh tunjuk animasi, poster berwarna atau infografik ringkas. Contohnya, animasi sistem solar untuk subjek Sains atau peta interaktif untuk subjek Sejarah. Visual ini buat kelas nampak hidup dan pelajar lebih senang untuk ingat dan faham sesi pelajaran.

  • Soalan terbuka

Daripada tanya soalan betul atau salah, cuba lontarkan soalan yang buat pelajar berfikir lebih jauh. Contohnya, “Apa cara paling senang awak nak ingat formula ni?”. Soalan terbuka ini bukan sahaja buat pelajar berfikir kritis, tetapi juga salah satu peluang untuk mereka berkongsi idea dengan cara sendiri. 

 

Semoga tip-tip ini dapat membantu tutor menjadikan kelas lebih hidup dan menyeronokkan. Ingat, mengajar bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi mencipta pengalaman yang membuat pelajar rasa seronok untuk belajar. Semoga setiap kelas yang dijalankan memberi ruang yang positif, penuh interaksi dan memberi kesan mendalam kepada pelajar.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Isi Kandungan

Artikel Berkaitan

Uncategorized
naktutor

KUASAI BAHASA TANPA TEKANAN

KUASAI BAHASA TANPA TEKANAN   Ramai pelajar rasa belajar subjek bahasa itu membosankan, terutamanya bahasa Melayu. Kerana bahasa digunakan setiap hari dalam percakapan, mesej, dan

Read More »
Uncategorized
naktutor

APA BERLAKU SELEPAS BELAJAR?

Rahsia Memori Pelajar: Apa Berlaku Selepas Belajar? Mesti lepas belajar, pelajar mesti lupa sikit sikit apa yang pelajar ulang kaji semalam. Mesti stres kan. Ini

Read More »
×

Chat Bersama NakTutor.com

× Boleh kami bantu anda?