Dapatkan E-Book SPM Bernilai RM59 Secara Percuma Sekarang!

naktutor logo 2024

4 Tips Skor Subjek Sejarah

Subjek sejarah memang tak asing lagi dengan fakta..Asal sebut sejarah je, murid kata bosan lah cikgu..Mengantuk lah cikgu..

Kebanyakan murid merasakan seolah-olah mereka perlu menghafal satu buku teks sejarah untuk jawab peperiksaan nanti. Banyak fakta yang nak kena ingat ni, jadi kenal baca dan khatam satu buku teks sejarah lah ni? Kalau tak macam mana nak skor?

Jom harini saya nak bantu adik-adik semua dengan 4 tips skor subjek sejarah:

tips skor sejarah

Minat sejarah

Mesti pernah kan kita minat dekat seseorang artis seperti penyanyi atau pelakon? Pernah tak cari maklumat dan fakta tentang dia..Menurut pakar psikologi, minat kita terhadap sesuatu perkara mendorong kita mengingat perkara tersebut dengan mudah dan sukar dilupai. Jadi, apa-apa yang kita nak buat perlu dimulai dengan minat begitu juga dengan fakta sejarah. Bila dah timbul minat nak belajar sejarah, lebih mudah kita nak mendalami pengetahuan tentang fakta sejarah yang kita baca.

Buat Akronim

Setiap orang ada cara dan teknik belajar yang tersendiri. Namun, cara paling berkesan dan mudah untuk ingat fakta adalah salah satunya dengan penggunaan akronim. Apa itu akronim? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akronim bermaksud gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang dipendekkan menjadi satu perkataan. Contohnya: kita nak ingat ciri2 tamadun hwang ho, akronimnya ialah PATI. Pertanian, Anyang (bandar), Tembok, Istana. Buat nota dalam bentuk akronim memudahkan kita untuk menghafal sekaligus mudah untuk kita ingat.

Latihan Past Year

Perbanyakkan buat latihan past year kerana soalan yang keluar dalam peperiksaan sebenar hanya berulang-ulang cuma dengan ayat dan pengolahan yang berbeza. Tetapi menggunakan jawapan yang sama. Haa, lagi satu bila kita dah biasa buat latihan past year. Andai nanti kita jumpa soalan yang mirip dalam peperiksaan, semestinya kita dah boleh jawab dengan baik. Yang penting, kita ingat akronim je untuk hafal fakta-fakta penting.

Huraian Soalan KBAT

Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mesti akan ada bagi setiap peperiksaan. Soalan-soalan KBAT ni selalunya menguji murid untuk berfikir. Cara menjawab soalan KBAT sejarah berbeza dgn soalan biasa dimana cara jawabnya kena ada isi dan huraian. Jadi tips untuk jawab soalan kbat ini ialah kena ada isi, huraian, contoh dan kesannya.

Kalau ada calon SPM atau ibu ayah yang nak bantu anak belajar lagi-lagi dekat nak exam ni. Kami di NakTutor.Com boleh bantu ibu ayah dapatkan personal tutor untuk bantu anak ibu ayah membuat persediaan sebelum peperiksaan.

SEMOGA CORETAN INI BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Isi Kandungan

Artikel Berkaitan

tips skor sejarah
Tips
admin

4 Tips Skor Subjek Sejarah

Subjek sejarah memang tak asing lagi dengan fakta..Asal sebut sejarah je, murid kata bosan lah cikgu..Mengantuk lah cikgu.. Kebanyakan murid merasakan seolah-olah mereka perlu menghafal

Read More »
×

Chat Bersama NakTutor.com

× Boleh kami bantu anda?