Dapatkan E-Book SPM Bernilai RM59 Secara Percuma Sekarang!

naktutor logo 2024

5 Tips Macam Mana Nak Cemerlang Subjek Kimia?

Subjek kimia ni salah satu subjek killer? Sesetengah murid mengadu subjek sains termasuk biologi, fizik dan kimia ni susah faham, bosan dan “menakutkan”. Betul ke? Subjek-subjek ini sebenarnya menyeronokkan tau jika seseorang murid itu minat dan bersemangat tinggi untuk berusaha memahami subjek-subjek ini.

Jadual berkala..formula kimia..Apa lagi yang perlu diingat untuk subjek kimia ni..Dahlah susah nak ingat semua ni..

Jom harini, saya nak kongsikan 5 tips macam mana nak cemerlang subjek kimia

Memahami Kepentingan Belajar Subjek Kimia.

Sebelum murid semua mempelajari lebih mendalam subjek Kimia, anda semua perlu tahu kenapa anda pilih untuk ambil subjek kimia? Kenapa anda berada di kelas Sains? Dan kenapa tidak berada di kelas aliran akaun atau Seni? Ya! Sudah pasti jawapannya anda semua mahu menyambung pengajian dalam bidang Sains tulen (Kejuruteraan / perubatan / farmasi dan yg setara). Jadi, anda perlu berusaha untuk cemerlang subjek Kimia bagi meneruskan pengajian dalam bidang pilihan anda nanti.

Memahami Konsep Kimia.

Memahami konsep sesuatu topik itu sangat penting bagi ilmu Sains. Sebagai contoh, untuk topik jadual berkala, murid perlu tahu kumpulan jadual berkala dari Kumpulan 1 hingga Kumpulan 18. Yang mana dalam bentuk logam, bukan logam, halogen (Kumpulan 17) dan gas adi (kumpulan 18). Selain itu, murid juga perlu tahu fungsi – fungsi setiap kumpulan sebagai contoh gas neon, xenon, helium dan Kripton dalam kumpulan 18.

Mahir dalam pengiraan / persamaan Kimia.

Contohnya, murid perlu mahir untuk “balance kan” persamaan Kimia. Selain membentuk formula dan persamaan Kimia, murid juga perlu mahir dalam pengiraan dan menggunakan formula bagi menghitung Jisim Atom Relatif (JAR) dan juga Jisim Molekul Relatif (JMR) sesuatu Bahan. Formula yang digunakan juga perlu betul agar jawapan yang dikira adalah tepat.

Memahami Aplikasi Kimia dalam Kehidupan.

Kenapa perlu memahami aplikasi kimia dalam kehidupan? Belajar konsep secara teori berbeza dengan amali. Memahami aplikasi ini dapat meningkatkan tahap kefahaman murid dan membantu mereka untuk mengetahui fungsi ilmu kimia yang dipelajari. Contohnya, bagi topik pertama Tingkatan 4 bagi subjek Kimia, anda semua belajar tentang aplikasi Kimia dalam kehidupan seperti bidang perubatan dan farmasi (penggunaan Bahan Kimia untuk perubatan), pertanian (Pembuatan baja & hormon pertumbuhan), industri (cat dan polimer). Selain itu, bagi topik Isotop pula, anda perlu tahu definasi Isotop dan juga penggunaan Isotop dalam bidang perubatan, pertanian dan industri. Bagi topik asid, bes dan garam pula, anda juga perlu tahu aplikasinya dalam kehidupan seperti penggunaan antasid bagi pesakit gastrik serta penggunaan kalur bagi tanah pertanian yg berasid.

Mempunyai Personal Tutor.

Bagi subjek kritikal atau “killer subjek” ini, sesetengah murid memang merasa tidak cukup dengan hanya belajar dan habiskan silibus di sekolah sahaja. Untuk subjek kritikal seperti ini, murid perlukan lebih masa untuk belajar. Bila nak belajar sendiri di rumah, memang susah nak faham. Oleh itu, Murid perlukan “guide” daripada personal tutor untuk lebih memahami silibus dan menguasai teknik  menjawab soalan.

Jadi, kalau ada calon SPM atau ibu ayah yang nak bantu anak belajar, kami di NakTutor.Com boleh bantu ibu ayah dapatkan personal tutor untuk bantu anak ibu ayah membuat persediaan sebelum peperiksaan.

Jom dapatkan kelas untuk anak-anak anda.

SEMOGA CORETAN INI BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Isi Kandungan

Artikel Berkaitan

tips skor sejarah
Tips
admin

4 Tips Skor Subjek Sejarah

Subjek sejarah memang tak asing lagi dengan fakta..Asal sebut sejarah je, murid kata bosan lah cikgu..Mengantuk lah cikgu.. Kebanyakan murid merasakan seolah-olah mereka perlu menghafal

Read More »
×

Chat Bersama NakTutor.com

× Boleh kami bantu anda?