Dapatkan E-Book SPM Bernilai RM59 Secara Percuma Sekarang!

naktutor logo 2024

5 TIP KUASAI MATEMATIK DENGAN LEBIH BAIK

5 Tip Untuk Kuasai Matematik Dengan Lebih Baik

Mesti ramai antara pelajar sekalian yang gerun dengan subjek Matematik. Ramai yang cakap subjek ni payah dan susah untuk dikuasai. Namun, bagaimana jika ada tip-tip bagaimana untuk menguasai subjek tersebut dengan mudah supaya pelajar dapat memperolehi markah yang tinggi dalam peperiksaan. Tip ini berkesan sekiranya pelajar berusaha untuk berubah demi mendapat keputusan yang cemerlang.

  1. Berlatih Dengan Konsisten

Subjek Matematik bukan subjek yang pelajar boleh kuasai dengan hanya membaca buku teks atau mendengar penerangan semata-mata. Pelajar memerlukan latihan yang berterusan untuk membina kefahaman berkenaan struktur soalan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Ini kerana setiap kali pelajar mencuba soalan atau topik baharu, otak pelajar sebenarnya sedang mengenal pola, teknik dan cara penyelesaian. Pelajar kena cuba untuk membuat latihan dengan konsisten walaupun satu atau dua soalan sehari.

  1. Fahamkan Konsep, Bukan Hanya Hafal Formula

Pelajar kena memahami konsep-konsep yang berada di dalam subjek ini dan tidak hanya menghafal formula sahaja. Ini kerana formula hanya alat untuk mendapatkan jawapan. Kita hanya perlu tahu bila dan bagaimana sahaja untuk menggunakan alat tersebut. Untuk mendapatkan jawapan, itu memerlukan kefahaman dan kepandaian pelajar. Pelajar dapat membina fleksibiliti sekiranya dapat memahami konsep kerana mereka boleh menyesuaikan pendekatan mereka dalam menjawab soalan mengikut jenis-jenis soalan. Ini membolehkan pelajar tidak hanya terikat dengan satu cara sahaja.

  1. Gunakan Sumber Dalam Talian

Pada zaman penuh dengan teknologi sekarang, pelajar tiada alasan untuk tidak membuat latihan di mana mana sahaja. Pelbagai platform digital yang menawarkan bahan subjek-subjek terutamanya Matematik secara percuma dan interaktif. Contohnya, video pengajar di Youtube, nota ringkas dan kuiz interaktif mampu menarik minat pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan. Sumber-sumber itu juga membantu pelajar untuk memahami topik yang sukar dengan cara yang menarik dan mudah.  

  1. Dapatkan Tutor Jika Perlu

Jika pelajar memang betul-betul kurang mahir dalam subjek Matematik, pelajar boleh mencuba untuk meminta bantuan seperti tutor. Tutor ini boleh terdiri daripada rakan-rakan sendiri. Tutor ini boleh membantu mengenal pasti kelemahan kita dan memberi penjelasan yang lebih tersusun dan mudah difahami oleh pelajar. Pelajar kena cari tutor yang mempunyai sabar dan kreatif dalam pendekatan mengajar mereka supaya pelajar dapat memahami dengan pantas.

  1. Kekalkan Positif & Jangan Cepat Putus Asa

Pelajar perlu bersabar untuk menguasai subjek Matematik kerana subjek ini memang mencabar namun tidak mustahil untuk menguasainya. Ramai pelajar yang kurang mahir tetapi berjaya mendapat keputusan cemerlang setelah mereka mengubah sikap dan cara belajar. Jangan takut untuk melakukan kesilapan kerana itu sebahagian daripada proses pembelajaran. Pelajar juga kena ingat yang jangan sesekali membandingkan diri dengan orang lain. Sebaliknya, pelajar kena fokus pada peningkatan setiap hari walaupun peningkatan tersebut sangat kecil.

 

Semoga tip yang diberikan ini dapat membantu pelajar-pelajar meningkatkan usaha untuk mengulang kaji pelajaran dalam subjek Matematik dan juga subjek-subjek lain supaya memperolehi keputusan yang cemerlang.

Kongsikan:

Facebook
Twitter
LinkedIn

Isi Kandungan

Artikel Berkaitan

Uncategorized
naktutor

KUASAI BAHASA TANPA TEKANAN

KUASAI BAHASA TANPA TEKANAN   Ramai pelajar rasa belajar subjek bahasa itu membosankan, terutamanya bahasa Melayu. Kerana bahasa digunakan setiap hari dalam percakapan, mesej, dan

Read More »
Uncategorized
naktutor

APA BERLAKU SELEPAS BELAJAR?

Rahsia Memori Pelajar: Apa Berlaku Selepas Belajar? Mesti lepas belajar, pelajar mesti lupa sikit sikit apa yang pelajar ulang kaji semalam. Mesti stres kan. Ini

Read More »
×

Chat Bersama NakTutor.com

× Boleh kami bantu anda?